Tuesday, 1 November 2016

Story Teller 4 years Ago and Now

Aku tak sangka, aku masih lagi boleh baca apa yang aku tulis pada 4 tahun yang lalu. Imagine, dalam masa 4 tahun macam macam aku dah hadap. Study, assignment, conflict, housemate, coursmate. Apa saja. Kau nama kan. Semuanya alu dah hadap waktu zaman belajar. By the way aku dah tamat zaman belajar aku, yeay!! Aku dah dapat segulung diploma. Dan sekarang aku dah bekerja. Tak lah bagus mana kerjanya tapi still, kerja dan dapat gaji. Aku pun dah berjaya lupakan orang yang pernah lukakan hati aku, dan Alhamdulillah aku masih lagi pegang janji yang aku tak kan kacau lagi hidup dia. Dan setelah beberapa series percintaan dalam diam akhirnya budak yang aku pernah cakap aku sukakan dia tu, pun tak dapat. Haha. Kami kawan dan selepas abis diploma kami bawak haluan masing2. Semalam hari jadi aku. Ya, 23 tahun sudah aku. Tua pun tualah. Dan masih gemuk. Alhamdulillah, aku pun dah punya kesayangan. Haa, nanti aku cerita macam mana kami kenal. In shaa Allah ada jodoh kami nak kahwin dah. Sebenarnya banyak juga pencapaian yang aku tak mampu tercapai, masih lagi dalam kiraan angan angan sahaja. But no sweat. Aku akan berusaha. Dalam tahun ini jugak yakni 2016, ada juga berita sedih buat aku. Ayah aku, Ismail Bin Samat telah kembali ke Illahi. Satu tamparan yang amat besar buat diri aku. Banyak cerita aku nak tulis dalam ini. As a Story Teller, aku cuba tulis. Hiks. Jadi, ada lain hari aku akan tulis, sebagai diary dan cerita buat aku di masa hadapan lagi.