ya, aku masih terasa aku masih ingat kata-kata si dia. 'perangai kau sama, tak pernah berubah' 'menyesal aku kenal dengan kau' . mungkin di mata dia aku memang tak pernah berubah atau memang silap aku sebab cari kau balik. dulu aku sangat cintakan kau demi nak jaga hati kau, aku sanggup lakukan apa-apa hanya untuk kau. ingat tak dulu, semasa aku dan kau jadi 'couple' aku betul-betul bersyukur yang Allah kabulkan doa aku untuk memiliki kau. sepanjang hubungan kita aku jaga sepenuhnya perasaan hati kau aku tak pernah marah kau dan tak pernah nak bagi kata-kata kesat pada kau, sebab aku betul-betul cinta dan aku betul-betul nak jadikan sebagai isteri aku.
tapi, semakin kuat kita cintakan seseorang semakin banyak dugaan di antara kau dan aku namun aku terus dan terus pertahankan hubungan kita sehingga aku sanggup korbankan perasaan aku demi kau. setiap kali kau buat salah aku pejamkan mata dan lupakan sebab aku tahu 'no body perfect' tapi bila aku lakukan kesalahan, kau marah dan kau tak kan lupakan kesalahan aku tu. kau benci orang tipu kau sedang kau pula tak boleh terima perkara yang sebenar jadi, apa yang aku perlu buat? setiap kali kau marah, aku mesti akan pujuk kau bila kau merajuk aku jugak pujuk kau tapi bila kau diam, aku merajuk kau marah aku cakap gurau sikit ta boleh.
tujuan aku bukanlah nak buka aib kat orang, tapi aku cuma nak luahkan apa yang terbuku kat hati yang dah pernah kau lukakan. aku pernah tengok video Matlutfhi dia ada cakap 'ada perbezaan antara pengorbanan dan kebodohan' ya! aku sekali lagi seperti orang bodoh sebab relakan saja kau terus lukakan hati aku kan? kau tak pernah tahu tentang rasa hati aku, kau tak pernah nak ambil tahu pasal diri aku, apa yang kau nampak hanyalah kesalahan aku. aku bukan tunggul kayu yang bila kau nak kau guna dan bila kau tak nak kau buang. sewaktu kita putus aku menangis, aku kecewa dan terus salahkan diri aku sebab aku bukan orang yang boleh bagikan kebahagiaan pada kau. kau sering cakap aku ni suka berbohong pada kau, ya! aku memang suka berbohong, sebab kau lar aku jadi pembohong tau ta?? sebab kau nak aku jadi lelaki yang kau impikan.
bila kita gaduh kau sering minta putus walaupun perkara tu kecil je, kau perbesarkan hal tu, sepatutnya aku dah nampak kau memang tak ikhlas bercinta dengan aku. kau tak kan pernah tahu sewaktu aku anta sms untuk putuskan hubungan kita air mata lelaki ni terus mengalir dan hati lelaki tu senak dan terguris, aku cuba tenangkan hati ini, sebab aku percaya yang kau boleh dapat lelaki yang lebih baik dari aku. baiknya hati aku sebab dapat accept kau jadi kawan dan sejak tu aku dah nekad yang aku akan jadi kawan baik kau, jadi kawan yang nak tengok kau 'happy' dan sejak tu juga aku dah buang perasaan cinta tu agar kisah lama tak kan terjadi lagi. aku berjaya jadi seorang yang happening buat kau dan jadi seorang yang boleh bagi pandangan jika kau perlukan nasihat.
aku ingat kau dah berubah, kau dah buang perangai lama kau, tapi jangkaan aku meleset sama sekali. sehingga detik tu, kau dah tunjukan sikap kau sebenar, hanya dengan perkara kecil sekali lagi kau perbesarkan, aku tersentak sekali baca status di laman sosial itu, jika kau katakan aku tidak pernah terluka sewaktu melepaskan kau pergi setahun yang lalu kau salah, jika kau fikir hanya aku yang melukai hati kau, kau salah.. aku tidak mahu langsung perkara tu terjadi aku tidak mahu kita memusuhi antara satu sama lain, dan sekali lagi hati aku terluka. aku amat kesal sebab aku cari lagi kau dan aku akan pastikan kali ini aku tak akan lakukan perkara yang sama, aku akan cuba lupakan segala tentang kau sebab aku tak mahu kau menyesal lagi. biarlah aku padam dalam memori mu, biarlah kau fikir aku seorang pembohong selamanya. aku hanya mampu berdoa agar kau akan ketemui orang yang betul-betul menyayangi kau dan aku juga berharap kau dapat melihat sikap sebenar aku.
aku minta maaf sangat atas segala kesalahan aku, dan aku juga akan cuba untuk melupakan kau, aku akan menjauhi kau biarlah luka di hati ni terus berdarah. terima kasih, kau pernah hadir dalam hidup aku dan jangan risau aku tak akan hadir lagi dalam hidup kau. suatu hari nanti aku akan buktikan pada kau yang segala kata-kata kau salah. aku berjanji... dan terima kasih juga sebab kejadian tu, Story Teller World wujud di alam maya ni.. Selamat Tinggal.. namamu akan ku padam dalam hati ku walaupun ianya sakit aku akan cuba harunginya sebab aku tak nak tunjuk pada kau yang aku ni lemah.. Thanks
-Mr Story Teller