okay,be serious aku sebenarnya sukakan seseorang tapi aku takut nak cakap dan takut terluka cam dlu.. 'cis, pe barang takut bro?' aku memang penakut, biarlah aku simpan rasa ni dalam hati, lagipun aku ni bukan ada rupa pun, tak handsome. berbalik pada girl yang aku suka tu, haa dia tu sporting gile, memang setiap kali aku jumpa mesti aku rasa happening je and dia lar selalu jadi mangsa bulian aku.. hehe
bukan setakat tu je, even aku rasa sedih pun bila tengok dia perasaan sedih tu hilang seketika. mesti cam bangang je kan suka dalam diam tanpa bagitau kat dia even dah ada simptom-simptom angau dan gila bayang. aku sebenarnya berfikir panjang sebelum nak luahkan perasaan aku tu sebab aku takut if dia tak terima aku relationship kiteorang jadi renggang pastu mula jauhkan diri dan sebagainya.
annoying giler siak, banyak benda nak fikir. kalau la aku ni seorang bijak ambil kesempatan kan senang ta payah nak tunggu-tunggu kalau ada peluang sambar je cam helang. patut ke aku luahkan perasaan cinta tu? kalau la aku berani luahkan mesti rasa heaven gila lepas tu, at least beban yang aku simpan boleh lar rasa ringan sikit. aku berharap sangat dapat lupakan orang yang melukakan hati aku. oh my goat! aku ta nak sebut nak dia walaupun dalam hati.
Ya Allah aku berharap sangat agar aku dapat jodoh yang sepadan dengan aku, supaya aku dapat jadikan dia isteri aku dan seterusnya menjadi teman hidup aku di dunia serta di akhirat. amin.... untuk yang girl yang aku suka, aku harap sangat aku ada keberanian untuk luahkan perasaan aku terhadap kau, dan aku berharap sangat aku dapat respond yang baik. seriously aku ta nak kehilangan kau.. tapi if kau dengan aku memang ta dapat di takdirkan bersama biarlah aku jadi kawan baik kau untuk selamanya sebab dengan kau seoranglah aku rasa happy dan seronok... gila bayang dah aku ni... (T.T)
![]() |
| seriously, aku berharap sangat dapat jodoh yang baik :) |

No comments:
Post a Comment